Tuesday, August 4, 2009

Pantun - Syukur

kentang-kentung menumbuk cekur
bubuh lada berulam penggaga
orang beruntung sering bersyukur
apa yang ada pasti dijaga

bubuh lada berulam penggaga
hidangan desa membuka selera
apa yang ada pasti dijaga
barulah rezeki murah sentiasa

bubuh lada berulam penggaga
hidangan desa membuka selera
hidup selalu bersyukur pada Dia
tanda selalu turun rahmat dan kurnia

hidup selalu bersyukur pada Dia
tanda selalu turun rahmat dan kurnia
Nikmat Allah tiada bandingannya
taqwa dan istiqamah kekata kuncinya..

deras air megalir kelembah,
tempat tempua meneguk air,
kalau lelah tidak di endah,
baru rezeki datang mengalir.

berpantun bermadah berseloka
hati menjadi riang tidak terkira
mari teruskan budaya bergurau senda
hidup di zaman moden kurang bebannya.

bukan gelanggang tempat berjuang,
hanya tempat menguji jebat,
dalam pantun penuh pembayang,
andai dihalusi bahasanya hebat.

Terang bulan di malam sepi
Ditambah pula sinaran bintang
Budaya pantun harus di sanjung tinggi
Buat contoh generasi yg akan datang

kendi tembaga bertangkai rotan,
terjamah dara tangan tak lecur,
sendi belikat rasa dah ringan,
ku tumbuk padi beras tak hancur.

kendi tembaga bertangkai rotan
sungguh berat walau dah buruk
sendi belikat rasa dah ringan
mungkin uratnya beralih duduk..

No comments:

Post a Comment

Post a Comment