Tuesday, August 4, 2009

Pantun - Amanah

pasang lampu berminyak tanah
papan pangkin gerlap berpinar
orang mengampu kita amanah
salah tak mungkin menjadi benar

salah tak mungkin menjadi benarf
atwa sentiasa berubah-rubah
dulu derma organ dianggap salah
kini dengan HOTA sudah dibenar

dari padang ke kuala lumpur
naik pesawat hala ke kutub
undang-undang boleh dilentur
salah dan benar telah termaktub

salah dan benar; haram dan halal memang terpisah
di celah-celah ada garis kelabu dan harus atau mubah
dulu anak main wayang buat mak bapak serba salah
kini asatizah tak kesah malah masjid turut membenar

tampak belanar tancapan galah
masihkah basah kain nan kasa
di pangkal benar di hujung salah
di tengah-tengah keliru leluasa

Hukum alam pasang dan surut
Rezeki dicari isinya perutS
udah lazim semua diikut
Diam sahaja angguk pak torot

No comments:

Post a Comment