Wednesday, August 5, 2009

Pantun - Aman

berdiat minyak sambil tamui
kini aman di tengah medan
dalam banyak satu ku temui
banyak pengalaman jadi tauladan

ada hikmah disebalik ujian
tiap pengalaman mendewasakan fikiran
betul tak cikgu

jalan-jalan cari makan,
singgah sebentar di kedai pak aman,
hidup ini penuh cabaran,
relax lah brader kita minum kopi secawan

Tuesday, August 4, 2009

A Guide to overseas studies (in USA)

http://tjchighed.pbworks.com/US-Main-Page

Pantun - Ilmu

petik pulasan di hujung tanjung
jamah sedulang di majlis permai
ilmu bukan buat dijunjung
buat dihidang di depan ramai

Ada padi sama padi,
Padi kuning dalam sawah,
Ada ilmu buat budi,
Banyak budi hidup indah.

alam dipandang indah dan permai
buah nan ranum silahkan petik
ilmu dihidang di depan ramai
sedikit yang mau di dalam praktek.

sedikit yang mau di dalam praktek
hidangan ilmu menjadi hambar
bila anak tidak di didik
bangsa bahasa punah berkembar..

anak engku berbaju kurung
tepi sumur buluh merumpun
lama dan baru bila bergabung
barulah makmur hidup berukun

anak engku berbaju guni
tepi sumur menjual kerepek
kalau aku berpantun sepert inii
anak aku cakap..apa yang baba merepek?!!!

tepi sumur menjual kerepek
jatuh di sondol anak lembu
kenapa baba dikata merepek
pantun itu antara jatidiri babamu..

mari tanak ubi keledek
sambal belacan jadi cecahnya
andai anak kata merepek...
cuba RAPkan di depan dia

Pantun - dari asar ke mahgrib ...

lepas layar bertuntun-tuntun
serunai harib di balik birai
dari asar kita berpantun
datang maghrib baru bersurai

Pantun - Hujung Minggu

lorong Inggu bermusim cermai
Berbalam-balam pohonan kundang
hujung minggu mencari damai
di mana alam itu kupandang

hujung minggu mencari damai
di mana alam itu kupandang
puas sudah di manja di belai
rasa cinta tak juga bertandang..

hujung minggu mencari damai
di mana alam itu kupandang
damai ku dapat bile kita berramai
bila saudara mara semua datang bertandang

Pantun - beruntung

tunggu kuda duduk bercangkung
pasang khemah sambil menebah
satu tanda orang beruntung
faham hikmah sebalik musibah

Pantun - Syukur

kentang-kentung menumbuk cekur
bubuh lada berulam penggaga
orang beruntung sering bersyukur
apa yang ada pasti dijaga

bubuh lada berulam penggaga
hidangan desa membuka selera
apa yang ada pasti dijaga
barulah rezeki murah sentiasa

bubuh lada berulam penggaga
hidangan desa membuka selera
hidup selalu bersyukur pada Dia
tanda selalu turun rahmat dan kurnia

hidup selalu bersyukur pada Dia
tanda selalu turun rahmat dan kurnia
Nikmat Allah tiada bandingannya
taqwa dan istiqamah kekata kuncinya..

deras air megalir kelembah,
tempat tempua meneguk air,
kalau lelah tidak di endah,
baru rezeki datang mengalir.

berpantun bermadah berseloka
hati menjadi riang tidak terkira
mari teruskan budaya bergurau senda
hidup di zaman moden kurang bebannya.

bukan gelanggang tempat berjuang,
hanya tempat menguji jebat,
dalam pantun penuh pembayang,
andai dihalusi bahasanya hebat.

Terang bulan di malam sepi
Ditambah pula sinaran bintang
Budaya pantun harus di sanjung tinggi
Buat contoh generasi yg akan datang

kendi tembaga bertangkai rotan,
terjamah dara tangan tak lecur,
sendi belikat rasa dah ringan,
ku tumbuk padi beras tak hancur.

kendi tembaga bertangkai rotan
sungguh berat walau dah buruk
sendi belikat rasa dah ringan
mungkin uratnya beralih duduk..

Pantun -

ikan toman di dalam talam
herba selasih tepi telaga
ketemu teman gegas bersalam
terasa bersih jiwa dan raga

Jatuh seludang di atas ara,
Pohon palas merapat rumbia,
Kasih-sayang sama saudara,
Umpama luas seisi dunia.

Batu permata jatuh ke rumput,
Jatuh ke rumput berbilang-bilang,
Dari mata tidak kan luput,
Dalam hati tidak kan hilang.

sungguh cantik dara Mak Som,
budaknya baik tapi pemalu,
tangan bersalam senyum menguntum
amarah hati terus berlalu.

herba selasih tepi telaga
dipetik dara buat santapan
terasa bersih jiwa dan raga
terjalin ukhwah terbentuk iman

Pantun - Amanah

pasang lampu berminyak tanah
papan pangkin gerlap berpinar
orang mengampu kita amanah
salah tak mungkin menjadi benar

salah tak mungkin menjadi benarf
atwa sentiasa berubah-rubah
dulu derma organ dianggap salah
kini dengan HOTA sudah dibenar

dari padang ke kuala lumpur
naik pesawat hala ke kutub
undang-undang boleh dilentur
salah dan benar telah termaktub

salah dan benar; haram dan halal memang terpisah
di celah-celah ada garis kelabu dan harus atau mubah
dulu anak main wayang buat mak bapak serba salah
kini asatizah tak kesah malah masjid turut membenar

tampak belanar tancapan galah
masihkah basah kain nan kasa
di pangkal benar di hujung salah
di tengah-tengah keliru leluasa

Hukum alam pasang dan surut
Rezeki dicari isinya perutS
udah lazim semua diikut
Diam sahaja angguk pak torot

Pantun - Keliru

tampak belanar tancapan galah
masihkah basah kain nan kasa
di pangkal benar di hujung salah
di tengah-tengah keliru leluasa

di sana sena, di sini sena
jambu batu jatuh ke laut
dibawa balik orang Pattani
hujung ke mana, pangkal ke mana
yang mana satu harus diikut.
lebih baik diam di sini